ARAU 3 Mac - Walaupun berusia 116 tahun, Puan Ahmad yang merupakan
wanita tertua di negeri ini menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi dan
sedang mencari calon bagi menjadi pasangan hidupnya.
Menurutnya, hasrat untuk berkahwin lagi antara lain adalah kerana mahu mencari teman bagi mengisi kesunyian hidup berseorangan.
"Bukan apa, bosan juga duduk seorang diri masa tua-tua sekarang,"
katanya yang berharap mendapat calon suaminya dari kawasan berdekatan
tempat tinggalnya di Padang Keria, Sanglang, dekat sini.
Kisah Puan sebelum ini mendapat liputan meluas akhbar termasuk Utusan Malaysia
yang melaporkan usia seorang warga emas berusia lebih 90 tahun telah
bertukar menjadi 'belasan tahun' berdasarkan pada nombor kad
pengenalannya.
Berikutan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat semakan
ke atas masalah yang dihadapi oleh Puan mendapati warga emas tersebut
sebenarnya berusia 116 tahun berdasarkan rekod permohonannya ketika
memohon kad pengenalan dahulu yang tercatat tarikh lahirnya pada 1896
dan bukannya 1996 sehingga menimbulkan banyak kesulitan.
"Cuma, adakah orang yang hendak saya?," katanya kepada pemberita pada
majlis Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di kediamannya
hari ini.
Program anjuran bersama Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (PKSM)
dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis itu turut dihadiri Menteri
Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Pengerusi PKSM, Datuk Mastika
Junaidah Hussin dan Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali.
Sebelum ini, Puan dikatakan pernah berkahwin dan mempunyai enam suami tetapi kesemuanya meninggal dunia.
Hasil daripada perkongsian hidup dengan dua orang suaminya, Puan
dikurniakan empat anak berusia antara 58 dan 73 tahun, 19 cucu dengan
paling bongsu berusia 21 tahun dan 47 cicit dengan yang paling tua
berusia 25 tahun.
Mengenai amalan pemakanannya, Puan memberitahu, dia sememangnya
menggemari pucuk kayu segar tetapi kadang kala mengambil daging dalam
jumlah yang sedikit.
Salam sejahtera semua pengunjung Blog ini. Blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi cerita atau berita mengenai apa yang berlaku di sekitar perlis kini. Ia bukan untuk menentang atau memberontak kepada mana-mana pihak , tatapi cuma sebagai medan atau wadah untuk berkongsi cerita dan pandangan.Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Gambar Makcik nak kahwin lagi!
![Gambar Makcik nak kahwin lagi!](http://1.bp.blogspot.com/-eiSuoP0n-Dw/T2K_0JCAx2I/AAAAAAAAABQ/oepgwF2sBfo/s300/makcik.jpg)
No comments:
Post a Comment