Sebenarnye
kat perlis ni banyak je tempat2 yg indah untuk dikunjungi,gambar kat atas ni
aku amek mase g Bukit Ayer, kali ni aku nk cite pasal bukit ayer.Bukit Ayer ni
adalah salah satu kawasan rekreasi yang terdapat dekat perlis ni,antara yang terkenal jugak r.Sebenarnye gambar yang aku amek kat atas ni bukanlah betol-betol solat atas air pun,tapi solat atas
batu yang ade air mengalir,Subhanallah,siyes cantik and menginsafkan, kalo korang nak try datang
la kat Bukit Ayer ni. Kat sini aku nak tegaskan bahawa kat mane kite berada pun
jangan tinggal solat coz solat tu kan tiang agama. Lagi satu, rajin-rajin la datang tempat-tempat macam ni,supaya kite dapat tadabbur alam, mengagungi kebesaran Allah melalui
ciptaan-Nya. ;)
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan
pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang
menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.”
(Surah al-Imran,ayat 190-191)