Thursday 10 May 2012

Sembahyang atas air??




Sebenarnye kat perlis ni banyak je tempat2 yg indah untuk dikunjungi,gambar kat atas ni aku amek mase g Bukit Ayer, kali ni aku nk cite pasal bukit ayer.Bukit Ayer ni adalah salah satu kawasan rekreasi yang terdapat dekat perlis ni,antara yang terkenal jugak r.Sebenarnye gambar yang aku amek kat atas ni bukanlah betol-betol solat atas air pun,tapi solat atas batu yang ade air mengalir,Subhanallah,siyes cantik and menginsafkan, kalo korang nak try datang la kat Bukit Ayer ni. Kat sini aku nak tegaskan bahawa kat mane kite berada pun jangan tinggal solat coz solat tu kan tiang agama. Lagi satu, rajin-rajin la datang tempat-tempat macam ni,supaya kite dapat tadabbur alam, mengagungi kebesaran Allah melalui ciptaan-Nya. ;)
 ce la cri tempat ni,pastu solat kat atas batu ni,siyes cun.






“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” (Surah al-Imran,ayat 190-191)

Pak Cik Charlie(cali)



Standard budak universiti or asrama, kalo tengok binatang ni cuak,aku panggil binatang ni pakcik Charlie,aku pon tak tau la asal aku panggil camtu.Charlie ni kecik je,tapi kalo kene bisa die,peeeh merana beeb.Kalo kena kat awek cun kompem boleh turun saham die kot,sebabnya die akan tinggalkan parut,nak2 kalo kne kat muka,, mmg macam jack sparrow lah parut die.tapi still parut tuu leh ilang,dun wori be epi..;)

Bisa binatang nie mulanya akan nampak cam terkena air panas,mengelembung and nampak cam da nanah ja,pediih woooo....nanak panjang lak kaan,perghhhh,xtido malam la jwabnya..huhu








Kalo kat perlis ni,, binatang ni banyak time-time musim menuai padi. Aku pon tak tau sebab musabab dia,mungkin time 2 time diorg rancak mengawan kaaan..heh..Tapi kalo ikot logic maybe sebab habitat die da musnah,itu yang die berhijrah ke rumah-rumah orang, kalo kat bilik aku memang bersepah la bende ni.Kawan aku siap bunuh dengan botol dynamo lagi ooooh,siyes kejam gila. Tapi nak wat cm ne, bende ni bahaya.Jatuh saham ceeq nanti..hehe..





beware of mee~~

jalan kat perlis pelik??



Aku tak tau la kalo aku sorang je yg prasan bende ni, tapi aku rase jalan sehala kat depan the store 2 terbalik la,kan kan kaan... kalo nk melintas jalan je slalu tersilap.. sebab asyk terpandang kanan je bile nk melintas,padahal kereta datang dari arah kiri,, aishh,, pelik sungguh,, kalo korang x pecaye ce la g check..hehe..

rasa cam kat oversea lak kaan,jalan diorang kan terbalek dari sistem jalan raya negara kita nie,tapi aku kembali ke realiti apabila terkena bahang panas perlis nie..haha..panas siiih!

pelik kan,jdiiii,klo nak melintas,tgk kiri kanan kiri yee cik adik cik abang,jgn pakai redah ja...ingat la yg tersayang...:)..

Nasik Ganja



Dulu mase mula-mula aku dengar nasi ganja ni aku rase pelik sangat,,awat nama dia nasi ganja? Smacam ja denga,da campur ganja ke ape??Biase la,org keyel kan,mane pena denga .
Pastu aku tanye kat sorang akak ni,,”boley makan ke?tak bahaya ke?” bile ingt balik cam klaka la pulak..haha.. mula-mula takot la nk try, takot die letak ganja betol-betol. Tapi bila da pekena sekali rase cam nak lagi je..ketagiih beb...patotla name die nasi ganja coz bila da makan skali mesti addicted . asyik nak makan je lg.. 
Nasi ganja ni kira agak murah la.. Ade nasi, ayam n kuah rm3.00 je. Da la banyak gile nasi die. Macam boleh makan tok 2 orang.. kalo aku yang makan mesti makan separuh je.. kedai nasi ganja ni banyak je kat sekitar perlis ni. Biasenye kedai die kat tepi-tepi jalan je,sng skiit org nak singgah beli kan,pandai depa nie..haha..kebanyakannya ade kat sekitar area Bintong, Kuala Perlis and banyak lagi la..
Rugi wooo klo xtry..haaaaaaaa!






p.s: adoi,,,tertelan air liur la pulak,,haha

Monday 19 March 2012

Disiplin pelajar Menular!-  PUNCANYA?

 
KANGAR, 7 Mac (Bernama) -- Jabatan Pelajaran Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis Rabu menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama membanteras masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Dun Kasa berkata melalui kerjasama itu ia akan dapat membantu menangani masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini termasuk kes-kes ponteng sekolah dan salah laku.


Katanya rekod Jabatan Pelajaran Perlis menunjukkan kes salah laku dan ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini meningkat 0.05 peratus daripada 0.48 peratus pada 2010 kepada 0.57 peratus tahun lalu menyebabkan perhatian lebih serius perlu diberikan bagi menangani gejala berkenaan.


"Dengan adanya kerjasama antara Jabatan Pelajaran Perlis dan PDRM dalam menangani masalah ini, Jabatan Pelajaran mensasarkan dapat mengurangkan kes salah laku dan ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini kepada 0.03 peratus tahun ini," katanya ketika berucap sebelum upacara menandatangani MOU itu di sini Rabu.


Majlis menandatangani MOU itu diadakan di dewan mesyuarat Sekolah Menengah Datuk Sheikh Ahmad, Arau dekat sini dengan Dun menandatanganinya bagi pihak Jabatan Pelajaran manakala PDRM diwakili Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun.


Sumber -- BERNAMA

Thursday 15 March 2012

Makcik nak kahwin lagi! - "Bosan duduk sorang-sorang"

ARAU 3 Mac - Walaupun berusia 116 tahun, Puan Ahmad yang merupakan wanita tertua di negeri ini menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi dan sedang mencari calon bagi menjadi pasangan hidupnya.
Menurutnya, hasrat untuk berkahwin lagi antara lain adalah kerana mahu mencari teman bagi mengisi kesunyian hidup berseorangan.
"Bukan apa, bosan juga duduk seorang diri masa tua-tua sekarang," katanya yang berharap mendapat calon suaminya dari kawasan berdekatan tempat tinggalnya di Padang Keria, Sanglang, dekat sini.
Kisah Puan sebelum ini mendapat liputan meluas akhbar termasuk Utusan Malaysia yang melaporkan usia seorang warga emas berusia lebih 90 tahun telah bertukar menjadi 'belasan tahun' berdasarkan pada nombor kad pengenalannya.
Berikutan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat semakan ke atas masalah yang dihadapi oleh Puan mendapati warga emas tersebut sebenarnya berusia 116 tahun berdasarkan rekod permohonannya ketika memohon kad pengenalan dahulu yang tercatat tarikh lahirnya pada 1896 dan bukannya 1996 sehingga menimbulkan banyak kesulitan.
"Cuma, adakah orang yang hendak saya?," katanya kepada pemberita pada majlis Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di kediamannya hari ini.
Program anjuran bersama Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (PKSM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Pengerusi PKSM, Datuk Mastika Junaidah Hussin dan Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali.
Sebelum ini, Puan dikatakan pernah berkahwin dan mempunyai enam suami tetapi kesemuanya meninggal dunia.
Hasil daripada perkongsian hidup dengan dua orang suaminya, Puan dikurniakan empat anak berusia antara 58 dan 73 tahun, 19 cucu dengan paling bongsu berusia 21 tahun dan 47 cicit dengan yang paling tua berusia 25 tahun.
Mengenai amalan pemakanannya, Puan memberitahu, dia sememangnya menggemari pucuk kayu segar tetapi kadang kala mengambil daging dalam jumlah yang sedikit.

Gambar Makcik nak kahwin lagi!

Gambar Makcik nak kahwin lagi!